twitter




Di antara ibadat puasa yang disunatkan kepada umat Islam ialah berpuasa pada 9 dan 10 Muharram. Ini kerana tarikh 10 Muharram (atau dinamakan hari ‘asyura yang bermaksud sepuluh) mempunyai nilai sejarahnya yang tersendiri di dalam sejarah manusia khususnya umat Islam. Manakala disunatkan juga berpuasa pada 9 Muharram sebagai mukhalafah (membezakan) di antara kaum Yahudi yang turut berpuasa pada 10 Muharram.

Hadith-hadith tentang puasa hari ‘Asyura (10 Muharram)

Ibn ‘Abbas meriwayatkan yang bermaksud: “Apabila Nabi SAW datang ke Madinah, Baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura, lalu Baginda bertanya: "Apakah ini?". Mereka menjawab: “Hari ini adalah hari yang baik di mana Allah telah menyelamatkan padanya Nabi Musa dan Bani Israil daripada musuh mereka, maka Musa pun berpuasa”. Lalu Baginda SAW bersabda: "Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu," maka Baginda pun berpuasa dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa”. (Riwayat al-Bukhari)

A’isyah r.a berkata (maksudnya):

Daripada ‘Aisyah r.a berkata yang bermaksud: “Orang-orang Quraish di zaman jahiliyah berpuasa pada hari ‘Asyura, dan Rasulullah SAW juga berpuasa pada hari A’syura. Maka apabila Baginda datang ke Madinah, Baginda berpuasa pada hari itu dan menyuruh orang ramai berpuasa. Apabila difardhukan kewajipan puasa Ramadhan, ditinggalkan puasa pada hari ‘Asyura lalu Baginda bersabda: "Sesiapa yang mahu, maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang tidak mahu berpuasa, maka dia boleh tinggalkannya". (Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Inilah beberapa contoh hadith sahih yang menyebut tentang puasa pada hari ‘Asyura. Daripada hadith-hadith ini dapat difahami bahawa puasa pada hari ‘Asyura merupakan suatu perkara yang wajib sebelum daripada difardhukan puasa Ramadhan. Apabila difardhukan puasa Ramadhan pada tahun ke-2 Hijrah, maka kewajipan ini telah gugur. Namun ianya tetap digalakkan dan merupakan salah satu daripada sunnah yang sangat dituntut. Inilah antara kesimpulan yang disebut oleh al-Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani (wafat 852H) dan al-Imam Muslim (wafat 676H) ketika menghuraikan hadith-hadith tentang puasa ‘Asyura ini.

(Rujuk Fath al-Bari, Kitab al-Saum, Bab Siyam Yaum ‘Asyura, 4/309, dan al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, Bab Saum Yaum ‘Asyura’ 4/245).



Fadhilat Puasa Hari ‘Asyura

Sesungguhnya kelebihan yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW bagi sesiapa yang mengamalkan puasa sunat ini amatlah besar. Antaranya ialah apa yang diriwayatkan oleh Qatadah (maksudnya): “Bahawasanya Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, lalu Baginda SAW menjawab: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu". (Hadis sahih riwayat Imam al-Tirmizi).

Dalam riwayat yang lain pula disebutkan bagaimana Rasulullah SAW begitu mengambil berat dan memberi keutamaan kepada amalan puasa pada hari ‘Asyura ini. Hal ini sebagaimana yang disebut oleh Ibn Abbas bahawa beliau pernah ditanya tentang puasa pada hari ‘Asyura ini, lalu beliau berkata: “Aku tidak pernah ketahui bahawa Rasulullah SAW berpuasa sehari kerana mencari kelebihannya di atas hari-hari yang lain kecuali pada hari ini, dan Baginda tidak berpuasa sebulan kerana mencari kelebihan ke atas bulan-bulan yang lain kecuali bulan ini, iaitu: Ramadhan”. (Riwayat Imam Muslim)

Puasa Tasu’a (hari ke-9 Muharram)

Selain daripada berpuasa pada hari ‘Asyura ini, kita juga digalakkan untuk berpuasa pada hari sebelumnya iaitu hari ke-9 Muharram. Ini berdasarkan beberapa hadis sahih, antaranya ialah:

Daripada Ibn Abbas r.a berkata (maksudnya): “Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura, Baginda turut mengarahkan orang ramai supaya turut berpuasa. Lalu mereka berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya hari ini adalah hari yang dibesarkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani. Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: "Sekiranya di tahun depan, jika diizinkan Allah, kita akan berpuasa pada hari ke-9". Ibn Abbas berkata: Tidak sempat munculnya tahun hadapan, Rasulullah SAW wafat terlebih dahulu.” (Riwayat Imam Muslim)

Daripada Ibn Abbas r.a berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): "Sekiranya aku masih hidup hingga tahun hadapan, nescaya aku pasti akan berpuasa pada hari ke-9". (Riwayat Muslim).
Imam al-Nawawi (wafat 676H) dalam menghuraikan hadis-hadis ini telah menukilkan pendapat Imam al-Syafie dan ulamak di dalam mazhabnya, Imam Ahmad, Ishak dan yang lain-lain bahawa mereka semua ini berpendapat bahawa disunatkan berpuasa pada hari ke-9 dan hari ke-10, kerana Nabi SAW berpuasa pada hari ke-10 (‘Asyura) dan berniat untuk berpuasa pada hari ke-9 (tahun berikutnya). Imam al-Nawawi menyambung lagi: “Sebahagian ulamak berpendapat bahawa kemungkinan sebab digalakkan berpuasa pada hari ke-9 dengan hari ke-10 ialah supaya tidak menyamai dengan amalan kaum Yahudi yang hanya berpuasa pada hari ke-10”. (Rujuk: al-Minhaj syarh Sahih Muslim, Bab al-Siyam, ( Beirut : Dar al-Ma’rifah , cet.7, 2000), jil 4, hal. 254).

Justeru, marilah kita merebut peluang pada kesempatan bulan yang mulia ini untuk menambahkan amalan kita dengan berpuasa sunat. Renungilah saranan yang diberikan oleh Rasulullah SAW seperti mana yang diriwayatkan oleh Jundub bin Sufian bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): "Sesungguhnya solat yang paling utama selepas solat fardhu ialah solat pada waktu tengah malam dan puasa yang paling utama selepas puasa Ramadhan ialah puasa di bulan Allah yang kamu panggilnya Muharram".

(Hadis riwayat Imam al-Nasa’ie dengan sanad yang sahih).

“Rasulullah SAW telah mengarahkan supaya berpuasa pada hari A’syura, dan apabila telah difardhukan puasa Ramadhan, maka sesiapa yang hendak berpuasa (hari A’syura) maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang hendak berbuka maka dia boleh berbuka (tidak berpuasa)”. (Riwayat al-Bukhari & Muslim).

p/s : Sekadar Berkongsi Ilmu..
Ahad, 4 Disember 2011 | 0 comments |
Aku ada seorang cucu namanya Jendul, die ni baru 4 thn aje… tapi nakal mengalahkan atuknya. Bayangkan la suka sangat die naik kat belakng tengkok aku yg dah nak mereput ni..silap ari boleh tanggal dibuatnya.

Satu sikap yang membuatkan aku… bengang tahap maksimest kat die ni suka sangat kacau aku time aku makan. Apa yg aku nak makan itu le yg die nak… geram tul aku.. aku belum sempat nak makan die dah songlap bawak lari makanan aku tu.

Suatu hari… bini aku masak la bubur durian… aku memang dah lama mengidam tu… aku pon ambik la semangkuk dan cover line la takut cucu aku nampak kang die rembat plak bubur yg aku ambik tu. Aku rase la sesudu dua pastu simpan bio die sejuk dulu…

Tiba2.. aku tengok dah hilang dah gerenti cucu aku ambik.. dan kantoi la cucu aku tu tgh makan bawah tangga umah aku… aku pon dgn muka tanpa perasaan dan toye jer melihat perangai die yg buruk hampeh tu… agaknya die terase sebab aku buat muka mancho semcam jer…. die cam rase bersalah plak….

“Atuk marah ke Jendul wat cam tu…sory la tuk” katenya “Jendul janji tak wat lagik…atuk jgn la ambik ati…..” sambungnya aku terus membisu dengan muka yg inersion “ala tuk…..nanti jendul ambik kan yg lain yer…senyum la sikit tuk…ala tuk…senyum la sikit” die cuba memujuk aku..

Akhirnya aku pon ok la atuk tak marah sambil mengukirkan senyuman kepada nya tanda memaafkannya.

“Eh atuk…pasal gigi palsu atuk tak der…..” die tiba2 menyapa.

“Atuk sorok kan dalam bubur atuk tadi…”

Semenjak hari tu cucu aku terus balik kl ikut mak ayahnya dan tak balik2 lagik ke rumah aku..haaaaa sedihnya.

Sekadar Hiasan


p/s : gurauan di petang jumaat
Khamis, 24 November 2011 | 0 comments |




Malaysia menewaskan Indonesia 4-3 menerusi penentuan penalti pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta malam semalam untuk mengekalkan pingat emas.

Kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas masa tambahan 30 minit.
Indonesia mendahului 1-0 menerusi tandukan Gunawan pada minit kelima manakala Malaysia menyamakan kedudukan menerusi tandukan Asrarudin Putra pada minit ke-35.
Tahniah Harimau Malaya..

Rentetan perlawanan akhir..

.: Team Harimau Malaya :.    
          .: Team Garuda :.











 
 -
-
-
-
-
-
-


p/s : Tahniah Harimau Malaya..
Isnin, 21 November 2011 | 0 comments |


1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap      rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!.

2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya     untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu       jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.

3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca,        
    menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang       bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak      
    dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.

4) McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan 
    kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai    
    antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi   
    menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!

5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana 
    hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan 
    menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan 
    disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.

6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak      50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu 
    pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu 
   kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu 
   adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?

8) Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi

9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan 
    mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan 
    diperlukan dimasa akan datang.

10)Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun!


p/s: ABI...no komen..
Ahad, 20 November 2011 | 0 comments |


Malam ini menjadi detik terakhir buat skuad bola sepak bawah 23 tahun (B-23) negara itu berkunjung ke gelanggang keramat tersebut apabila membuat perhitungan dengan Indonesia pada aksi final Sukan SEA 2011.


Atas kertas, kedua-dua pasukan sudah memiliki ramuan tersendiri untuk bergelar 'sang juara' pada temasya Sukan SEA yang telah memasuki edisi ke-26. Bagaimanapun, barisan Harimau Muda tidak harus terpedaya dengan provokasi daripada ribuan penyokong Sang Garuda Muda sepanjang perlawanan berlangsung kerana dikhuatiri mampu menjerat mereka di kandang lawan.
Kemenangan 1-0 yang dilakar ke atas Indonesia pada aksi terakhir peringkat Kumpulan A sebelum ini juga tidak harus dijadikan sebagai 'modal' untuk mereka tampil mendabik dada. Sebaliknya, anak-anak buah Ong Kim Swee itu seharusnya menganggap aksi final malam ini sebagai medan pertarungan yang baharu bagi mereka.

MALAYSIA ( 0 ) - ( 0 ) INDONESIA

STADIUM GELORA BUNG KARNO
21/11/2011
8.30 MALAM



p/s: ABI adalah penyokong kipas susah mati MALAYSIA..Go Malaysia!!! 
| 0 comments |
Nabi Muhammad S.A.W bersabda :

"Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku".

Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.

Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.



p/s : Alhamdulillah...  
Sabtu, 12 November 2011 | 0 comments |
Hidup berumah tangga suami isteri mesti bertolak nasur supaya kekal ke akhir hayat. Buat suami-suami dan bakal menjadi suami... kat sini ABI bekalkan korang dengan beberapa tip bila menghadapi masalah dalam rumah tangga...




Kalau bini mengamuk dengan membaling pinggan mangkuk.. 
- cuba sedaya upaya sambut dan tangkap pinggan mangkuk yang dibaling. Tindakan ini akan 
   menyerlahkan kejantanan korang. 

Kalau bini asyik ajak shoppinh je..
- jangan tolak permintaan mereka tu, cuma tukar tempat shopping yakni dari pasaraya besar ke 
  kedai runcit. Shopping gak tu....  

Kalau bini kecewa dengan sikap korang yang menyakitkan hatinya.. 
- tarik nafas, lepas....tarik nafas, lepas.... ulang lapan kali. Kemudian ketawa, buktikan yang 
   korang bersedia untuk membuatnya gembira tika dia berduka nestapa. 

Kalau bini korang kemas kain baju nak balik kampung rumah mak dia bila gaduh.. 
- Jangan dok rayu-rayu, tolonglah kemas kain bajunya mana yang patut ke dalam begnya 

Kalau bini belum sedia nak ada anak lagi
- Okeykan je tapi nyatakan korang dah lama bersedia menjadi ayah dan sanggup kawin satu lagi
  untuk penuhi hajat itu 

Kalau bini membebel tak henti-henti
- Jangan duduk mambatu, kayukan diri tu. Cubalah menjadi kreatif sikit, korang boleh buat bunyi
  muzik latar 

Kalau bini bersiap lama sangat
- Jangan dok membebel, membebel dan membebel...sebaiknya hidupkan enjin kereta dan tekan 
   pedal minyak kuat-kuat sampai habis, seminit, dua minit, tiga minit..pastu blah je kalau dia
   masih tak keluar.. 




p/s : sekadar gurauan hujung minggu.. 
| 0 comments |
Kepada yang baru nak menceburkan diri dalam arena menonton wayang, berikut adalah sedikit tip yang berguna (^^,)...

 ..ci comel ni pun bukan main lg die layan movie..

1. Jangan buat spekulasi berkenaan cerita yang ditonton sepanjang waktu bersiaran dengan kawan     sebelah
   
2. Pastikan tahap kesihatan sesuai dengan cerita yang hendak ditonton untuk mengelakan risiko     
    mati terkejut

3. Sila pastikan henpon dimatikan kalau tak nak kena sumpah seranah dan dimaki hamun secara 
    terbuka

4. Tak payah bawak bekal macam nak pergi berkelah, buah durian pun tak boleh bawak

5. Terlalu menunjukkan emosi yang berlebihan jugak tidak digalakan

6. Kalau tengah menderita batok kokol dan selesema, sila beredar dengan kadar segera. Jangan 
    ngengada nak menonton 


 p/s : ABI pun dah lame tak pegi tengok wayang..huhu
| 0 comments |
1. Suami nak pegi memancing ikan, bini cakap...lakinya nak mancing perempuan

2. Suami nak buat overtime, bini cakap...lakinya spend time dengan perempuan lain

3. Suami kata henpon off pasal tengah meeting, bini cakap...lakinya keluar dating

4. Suami kata bos dah belanja makan, bini cakap...lakinya makan dengan perempuan lain

5. Suami kata gaji tak masuk lagi, bini cakap...lakinya kedekut

6. Suami kata pegi atas urusan kerja, bini cakap... lakinya nak pegi berfoya-foya

7. Suami kata nak kawin lagi, bini cakap... nanti I bunuh U.


p/s : cakap benar pun isteri tak percaya, ade je yg tak kne.jadi baik menipu..pasal kekadang bila menipu ni isteri tak kata apa-apa..(gurauan semata-mata)
| 0 comments |

p/s : ABI dulu exam xde la mcm ni...lagi teruk agaknye..hehehe (^_^)
Khamis, 10 November 2011 | 0 comments |
1. BIARKAN SI DIA UNTUK SEKETIKA
     - bila pasangan anda merajuk, bg sedikit ruang dan masa tuk dia tenang balik..

2. JANGAN EGO, MINTA KEMAAFAN
     - baik suami @ isteri, elakkan dari bersikap ego..minta maaf xrugi pape pun...jangan fikir kalau mintak               maaf tu akan jatuh ego...x..salah tu...

3. CUBA CUIT PERASAANNYA 
     - cuba lah hiburkan pasangan anda dgn celoteh manja..tak pun berbual dgn pasangan detik2 masa becinta        dulu ke..sekurang2 nya ada tawa di bibir walaupun sekejap..sejuk hati die..

4. BELIKAN HADIAH @ KEJUTAN ISTIMEWA UNTUKNYA
     - bagi hadiah @ kejutan seperti bawak pasangan pergi 'candle light dinner' ke...kalau xmampu,bg lah apa2        yg pasangan suka...

5. JGN ULANGI KESILAPAN
     - yg ni paling penting..jgn sesekali ulangi kesilapan tu..nnt merajuk tak boleh nk pujuk2, ABI xtau...hehehe

6. JGN PANDANG REMEH APABILA PASANGAN MERAJUK
     - ramai la di kalangan suami isteri memandang remeh bila pasangan merajuk..jangan la macam tu...tindakan        tu sebenarnya lg memburuk kan keadaan..


p/s : Wahai engkau duduk berangan,
       Rasa gembira tidak terperi,
       Buang kawan demi perasaan,
        Kelak susah tanggung sendiri.

Selasa, 8 November 2011 | 0 comments |
 dining..

 hell kitchen @ hell kitten..


 fishing..


 reading!!..so what..


 playing monopoli


 err.





 lets rock..!!





 move bitch!! i'm driving..wait!!..are u serius??





 what??


 playing FIFA 12





 engineering cat


so cute.!!.

p/s : ABI pn ade seekor kucing kat umah..die pny peel..ya rabbi!!!..
| 0 comments |
Di bawah ini adalah gambar-gambar mikroskopik yang diperbesarkan sehingga beratus-ratus kali. Rupa-rupanya dunia mikro ini begitu berwarna-warni dan indah sekali.

 Kepala Nyamuk.. 


 Bakteria Pada Lidah Manusia


 Seekor Semut Sedang Menggigit Microcip


 Permukaan Silikon Microcip utk RAM


 Close-up pada buah strawberry


 Sperma Manusia!!


 Kabel Nilon


 err..


 Close-up pada stokin nylon 

 Hujung Lidah Seekor Burung


Spora dipermukaan roti

p/s : No komen..sangat mengagumkan 
| 0 comments |