twitter

Milik pasukan manakah yang akan menjulang piala yg berprestij, Piala Malaysia..Sang Rusa ataupun Sang Penyu??..Sama2 lah kita menantikan detik perlawanan akhir nnti..

Tapi dengar2 cite tiket bg perlawanan dh start dijual dengan harga RM50..mahalnyer..ABI bru plan nk pegi tgk..tp dh harga cm 2 pnya mahal..tgk kat tv je la jawabnyer..

Sejak diumumkan harga tiket RM50 bagi Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2011 Terengganu lwn Negeri Sembilan, ramai penyokong kedua belah pasukan telah menyatakan protes :-


Background (Preamble):
Kami penyokong bola sepak Negeri Sembilan khasnya dan semua peminat bola sepak tempatan membantah kenaikkan harga melampau tiket Final Piala Malaysia 2011.
Petition:
Kami memohon kerjasama anda semua dan sebagai kuasa penyokong kita sama-sama berganding bahu dan tangan menidakkan usaha kenaikkan harga tiket melampau oleh badan induk. Minta sebar dan buktikan kuasa penyokong.

  KAMI MEMBANTAH KERANA:
1- Harga dan kenaikkan yang melampau
2- Menindas penyokong
3- Memperdayakan/memperbodohkan penyokong
4- Harga yang membebankan
5- Alasan kenaikkan yang tidak munasabah

Tindakan drastik ini boleh menyebabkan hilangnya minat penyokong bola sepak tempatan terhadapan saingan liga domestik yang sering menjadi medan "mainan" dan "sandiwara" pihak-pihak dan badan induk tertentu.

BERTINDAK sekarang, jangan benarkan FAM menghancurkan masa depan bola sepak negara.
***********************************
Dari Harian Metro - FAM tidak sapu semua
“Dulu kita jual tiket RM50 dan RM30, ada penonton yang beli tiket RM30 kemudian lompat ke tempat duduk grandstand, sekarang kita buat keputusan untuk letak satu harga tiket saja.

“Duit kutipan tiket ini selepas ditolak dengan kos penganjuran akan diagih-agihkan sama rata kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu dan Negeri Sembilan (PBNS), jadi pihak persatuan yang akan dapat duit ini.

Kalau nak letak SATU harga pun, kenapa dipilih harga yang lebih tinggi ? Kenapa tidak pilih je RM30 ? Apapun alasan yang diberikan, rata-rata keputusan itu dibantah oleh peminat.

Apalagi peminat dari Terengganu. Sewa bas saja dah RM4 ribu @ RM100 satu orang, kalau campur makan minum ..... mau paling kurang RM200 satu kepala untuk pakej 2Hari/ 1Malam Tidur Dalam Bas !

Difahamkan ada pihak mahu menganjurkan protes didepan stadium Kuala Terengganu petang ni pukul 5. 
 


Pesanan Buat Kedua-Dua Penyokong..jagalah adab anda..jangan memalukan negara serta FAM 

Jangan Bawak....!!
Mercun!! 

 bunga api




p/s : walau ape pn yg akan terjadi, diharap perlawan kali ini x menyebabkab rusuhan dan sebagainya.. 
Isnin, 24 Oktober 2011 | 0 comments |

0 comments:

Catat Ulasan